Mewujudkan perkhidmatan alami dan interaktif seni tradisi, dan pelestarian warisan Melayu yang berkualiti.
Mewujudkan sebuah perniagaan yang memberikan pengalaman alami dan interaktif seni tradisi warisan Melayu kepada semua lapisan masyarakat, dan menjadi payung kepada komuniti untuk terus menghasilkan karya seni serta memelihara kelestarian warisan ini daripada kepupusan.
Sebagai Pusat Pengalaman dan Interaktif Seni Tradisi Melayu, Lambo Sari Resources mahu menjadi sebuah dimensi baru dalam pelancongan di Negeri Terengganu, dengan menawarkan pakej interaktif yang menggabungkan aktiviti dan keseronokan pengalaman sebenar, seperti mencanting dan mewarna batik, eksplorasi makanan tradisi Terengganu, permainan tradisi, budaya makan di tikar, mencuba busana tradisi Terengganu, eksplorasi mini warisan, dan banyak lagi yang pasti mengujakan.
Persembahan Silat Dan Tarian Serta Permainan Gasing
Di Lambo Sari juga ada menyediakan galeri untuk pameran dan jualan bagi mereka yang berminat dengan produk seperti kain batik asli Terengganu, baju batik, kain semutar, batik frame kit, batik wau kit. Tetamu juga boleh menempah produk kraf dengan Lambo Sari.
Galeri terbuka ini menjalankan segala aktiviti eksplorasi mini warisan seperti mewarna batik, memblok batik, membuat kuih tradisional, acara membelah kelapa, mengukur kelapa, dan memerah santan. Selain itu, aktiviti berbengkel juga diadakan di sini, seperti bengkel membuat wau naik.
Pusat Alami dan Interaktif Seni Tradisi Negeri Terengganu. Lambo Sari Resources menyediakan pakej-pakej interaktif yang menarik dengan harga yang berpatutan untuk semua golongan, terutamanya pelajar dan pelancong. Antaranya adalah seperti berikut:
Mewarna, memblok, dan memproses batik.
Mempelajari teknik ikatan dan celup untuk bandana, saperah, dan t-shirt.
Menyediakan bahan, memasak, dan mencuba masakan tradisi.
Rasai sendiri kesronokan bermain permainan gasing, wau, congkak dan lain-lain
Mengenali dan memahami kaedah pemakaian busana zaman silam.
Mengenali senibina Rumah Tradisional Terengganu iaitu Rumah Bujang Terengganu
Berbengkel di lambo Sari sepert membuat Wau, anyaman mengkuang, tanjak dan lain-lain.
Pakej mini eksplorasi warisan ini merangkumi aktiviti seperti berikut
Gambar aktiviti Mini Eksplorasi Warisan
Gambar aktiviti Mini Eksplorasi Warisan
Gambar aktiviti Mini Eksplorasi Warisan
Gambar aktiviti Mini Eksplorasi Warisan
Jualan Dan Tempahan
Pelbagai Motif Dan Saiz
Kaftan batik terap asli
Kain batik sarung – batik terap asli
Kain batik sarung – batik terap asli
Boleh Rujuk Di Fb Lambo Sari